Semenjak graduasi sambil menunggu peluang kerja, isteri saya kelihatan mula berjinak dengan dunia latihan dan motivasi. Dan sudah menjadi kebiasaan saya menjaga Fatihah sepenuhnya ketika Umminya berceramah (sekiranya saya tiada program), atau sekiranya kami berforum sekali, kami akan bergilir mikrofon untuk tujuan bergilir menjaga Fatihah, sama ada di khalayak hadirin atau di belakang tabir. Kami tidak peduli program itu rasmi atau tidak, semampu mungkin kami menghormati protokolnya. Lantaran siapa tidak kenal Fatihah Wajihah, TIDAK akan memberikan 'kerjasama' langsung kecuali pada Ummi dan Abinya sahaja.
Namun situasi esok malam agak berbeza. Saya akan berceramah di sebuah IPTA, bertembung pula dengan isteri saya yang juga akan berceramah di sebuah IPTA. Urusetia kedua-dua program konsisten memaklumkan sejak dari awal jemputan lagi ketidakmampuan mereka untuk menunda ke tarikh lain. Pilihan kedua yang ada hanyalah mencari penceramah gantian. Kedua-dua jemputan pula menyentuh topik yang kami sangat BERMINAT dan telahpun dikuasai dengan baik. Mungkin juga sukar untuk mencari pengganti bersesuaian jika di saat akhir.
Ikutkan hati, saya mahu mengalah kali ini. Benak hati saya mahu membuka ruang dan peluang 'pemasaran' baru kepada isteri saya dalam dunia motivasi dan latihan ini. Masakan tidak, saya sudah tiga tahun dalam dunia ini dan isteri saya baru menemui rentak sebenarnya. Kami meyakini Tuhan mengurniakan kami satu persamaan yang jelas dikongsi bersama, iaitu suka BERPIDATO dan "rumahtangga MIKROFON" !
Namun demikian, atas nama 'ibu', inilah kali ke seterusnya isteri saya dengan rela hati mengalah kepada saya dan memaklumkan dengan penuh rasa bersalah kepada pihak urusetia. Semoga urusetia sudi memaafkan kami atas 'dilema' ini.
Saya meyakini senario seperti ini akan terus menguji dan berulang kepada kami dan boleh jadi kepada mana-mana pasangan dalam "rumahtangga MIKROFON".
Prinsip bahawa "hari ini hari abang, esok hari saya" bukanlah penyelesaian jangka panjang yang efektif untuk "rumahtangga MIKROFON" ini.
Prinsip yang kini saya pegang telah saya terjemahkan dalam bentuk JANJI pada isteri saya bahawa :
"Setiap kali saya berceramah dan mengendalikan kursus di mana sahaja, saya akan mengambil kesempatan yang diberikan pada saya untuk 'memasarkan' beliau, pasukan beliau dan modul-modul beliau ("Khadijah Superwoman" dan "Manajemen Cinta") dengan cara yang terbaik, dengan apa cara sekalipun."
Siapa tahu dengan izin Allah, ada pensyarah atau 'orang-orang besar' universiti mahu mendengar lebih lanjut dan mahu menjemputnya di kemudian hari. Semoga keikhlasan isteri saya menolak satu jemputan demi suami dan anak mengundang sepuluh jemputan menyusul di masa akan datang.
Ini adalah pautan di Youtube segala rakaman kembara ilmiah saya di Turki. Kesemua yang ada di Youtube ini adalah hanya 30 % dari kandungan penuh DVD "Jejak Al-Fatih" saya hasilkan sepanjang musafir 2 minggu di bumi Osmanli itu. Untuk melihat liputan lanjut pengembaraan ini, dapatkan VCD "Jejak Al-Fatih" keluaran Ibrah Paradigm Training and Consultancy (rijal82@gmail.com atau ke laman : http://www.facebook.com/syaariabrahman).
Semoga kompilasi 'trailer' berikut memberi manfaat kepada seluruh pembaca setia blog saya dan seluruh para penyokong perjuangan saya. Amin !
Bursa adalah ibu kota pertama kerajaan Islam Othmaniyyah sebelum berpindah ke Edirne dan kemudiannya ke Konstantinopel.
Penerangan ringkas dari Mr. Yunus ketika krew "Jejak Al-Fatih" di Di Yesil Camii (1412-1419). Ketelitian adalah attitude utama Turkish di era Osmanli. Binaan masjid ini sahaja mengambil masa 7 tahun. Mr Yunus juga memberikan penerangan ringkas mengenai anak-anak Sultan Yeldrim Beyazid khususnya Sultan Muhammad I yang digelar the 'second founder' of Osmanli Devlet.
Sultan Muhammad I (1414 - 1421) adalah anak kepada Sultan Yeldrim Beyazid dan datuk kepada Sultan Muhammad Al-Fatih.
Kali ini di Bursa, kali ini di Cumalikizik, sebuah perkampungan terawal Osmaniah ketika era pengasasnya, Osman Ghazi. Perkampungan ini sudah berusia 700 tahun dan terus dijaga rapi.
Maqam pengasas kerajaan Osmaniah, Osman Ghazi (1257 - 1326) dan Orhan Ghazi (1326 - 1360). Siapa tahu, sebaik sahaja Abbasiah di Baghdad tumbang pada 1258 Masihi, tidak sampai 30 tahun selepas itu Allah terus mengutuskan mujaddid untuk mengasaskan Osmaniah selepas 'dihadiahkan' oleh kerajaan Islam Seljuk. Ghazi adalah gelaran dalam bahasa Arab bererti "pejuang jihad". Ini sebab Allah memberikan kemuliaan luarbiasa kepada bangsa Turki suatu ketika dahulu.
Keindahan khat di dalam Masjid Ulu Camii (1399), satu-satunya masjid yang mempunyai senibina 'original' Osmanli di Turki. Ulu Camii, masjid 20 kubah paling bersejarah di Turki sehebat Masjidil Aqsa di Palestin dan Masjidil Haram di Arab Saudi.
"Knight Justianni". Beliaulah yang telah menumpaskan Palta Oglu dan tentera laut Osmanli untuk memasuki Golden Horn. Namun pada 29 Mei 1453, apabila tentera Islam menyaksikan beliau cedera parah dan meninggalkan barisan pertahanan Byzantine, Hassan Ulubatli dan 30 orang tentera batalion keempat telah meluru segera ke arah benteng, lantas memanjatnya dan berjaya memacakkan panji Osmanli!
Sepintas lalu dalam Muzium "Panorama 1453" di Istanbul
Konstantinopel diasaskan oleh Maharaja Constantine Agung pada 324M. Pusat agama Kristian Ortodoks dan ibu kota Empayar Byzantium. Zaman keemasan pada 850M -- 1050M. Digempur sebanyak 26 kali dan pernah dikuasai tentera Salib, 1204-1261. Sebaik sahaja memasuki Aya Sophia, Sultan Muhammad Al-Fatih telah memanggil Paderi Besar Konstantinopel, Gennadios Scholarious dan diberikan deklarasi bertulis menjamin kebebasan beragama dikekalkan di Konstantinopel selepas Aya Sophia diumumkan olehnya sebagai Masjid.
Bahagian tembok laut dikatakan tidak setebal dan sehebat tembok di darat.
"The wall on the harbour side of Golden Horn were the WEAKEST part of the defences!". (page 9, "The Ottomans", Andrew Wheatcroft). MAKA, Constantine XI mbina rantai besi gergasi (untuk menjaga kapal-kapalnya) hasil BACAAN SEJARAHnya pada mudahnya Crusaders memanjat benteng-benteng rendah Konstantinople pada 1204 ketika 20 percubaan lain dunia gagal. Leaders are READERS. Leaders are problem facers and PROBLEM SOLVERS!
"Setelah menentukan landasan keseluruhan perjalanan, mereka menentukan pula tapak-tapak penting hentian (transit) perjalanan iaitu bermula di Tophane, kemudian ke Bogazkesen, kemudian turun mengarah ke Barat Daya dari Bogazkesen, kemudian rentas naik bukit menuju Lebon Pastry, kemudian lalui puncak bukit di Pera Palace, kemudian tiba di Karimpasa (Tanduk Emas). Ukuran jarak perjalanan telah dikenalpasti secara tepatnya iaitu 980 kaki dari Tophane ke Bogazkesen, 240 kaki dari Bogazkesen ke Tepebasi, 906 kaki dari Tepebasi ke Kasimpasa. Jumlah keseluruhan jarak perjalanan adalah kira-kira 2156 kaki atau sekitar 3 miles (4.8 kilometer). Justeru, jumlah anggaran kapal yang mampu diangkut dalam tempoh satu malam 21-22 April nanti adalah sekitar 50 - 70 buah sahaja." - "Ottoman History: Misperceptions and Truths", Ahmed Akgunduz dan Said Ozturk
Di tengah dua masjid besar. Di tengah dua peradaban besar, Byzantine dan Osmanli. Di tengah dua icon agama terbesar, Kristian dan Islam.
"Kami lebih rela melihat serban-serban Turki daripada topi-topi Latin dari Eropah di kota ini." - Paderi Orthodok Granduke Notaras & Gennadios
Puan Nurul Suhadah menggambarkan struktur bentuk muka bumi yang menjadi landasan kapal-kapal Al-Fatih dilayarkan di atas bukit
Menyaksikan sendiri persembahan Mehter Band, pasukan khas muzik dan pemukul gendang pembakar semangat sejak dari era Al-Fatih. Mereka inilah jugalah yang memainkan peranan penting ketika Sultan Muhammad Al-Fatih memasuki gerbang Konstantinopel.
Liputan khas di bumi Edirne, pusat pentadbiran Osmanli selepas Bursa. Dibuka dari kekuasaan Byzantine oleh Sultan Murad I untuk terus memberi tekanan pada Konstantinopel.
Liputan khas di bumi Edirne, kali ini di Sekolah Perubatan dan Hospital Terapi Muzik yang diasaskan oleh Sultan Beyazid bin Muhammad Al-Fatih. Saksikan sendiri bagaimana Osmanli bukan sekadar hebat di medan ketenteraan, bahkan mampu melahirkan pakar-pakar saintis perubatan berasaskan terapi muzik.
''Conquest 1453'' describes the conquest of Constantinople (today's Istanbul) by Sultan Mehmed II. It was screened for the first time on Thursday in more than 130 theatres at exactly the same time, starting at 14:53h. The film has already made history because of its budget, 17 million USD, making it the most expensive production ever in Turkey. There are battle scenes with 15,000 extras and special effects in 3D showing the ancient Byzantium, guaranteeing the film's success. The media has given much attention to the production and the playbill with the bearded Mehmed II leaning on his sword, while hordes of Ottoman Turks attack the walls of Constantinople, can be seen everywhere. It is only the second time a film is made about the conquest of Constantinople, after the first one in 1951. The event used to be marginalised in history, but has gained importance in the eyes of the new Turkey under Erdogan, which has abandoned the focus on the West of the founder of modern Turkey, Kemal Ataturk, and now looks with pride at the glorious past of the empire that covered three continents. The same continents in fact that are on the maps of the so-called ''neo-Ottoman'' diplomacy, a term that Turkey does not appreciate." (Sumber di sini)
"The film opens with words attributed to the prophet Muhammad. "Verily, one day Constantinople will be conquered. What a wonderful commander is he who conquers it, what a wonderful army will his army be!" In production for more than two years, the film is considered a combination of combat action and Ottoman triumphalism. The expectation is that, as a movie prepared in line with Hollywood standards, it will have global impact." (Sumber di sini)
PENDAHULUAN
1. Ulasan ringkas berikut masih BELUM ADIL sepenuhnya kerana filem dipaparkan tanpa subtitle dalam bahasa Inggeris. Faham-fahamlah Turki ni sebuah negara yang semua benda kalau boleh diterjemahkan dalam bahasa Turki, apatah lagi filem keluaran Turki sendiri.
Justeru saya perlu melihat kali kedua. Skrip sesuatu filem khususnya filem epik sejarah - pada pandangan saya - mewakili 40-50 % kualiti filem itu sendiri. Peranannya cukup besar di sebalik aksi yang nampak di hadapan mata kasar. Ini kerana bahasa fakta sejarah telah diolah dalam bahasa skrip filem yang emotif dan menghidupkan karakter watak-watak penting, sesuatu yang tiada dalam teks sejarah 1453 kecuali dalam bentuk novel.
2. Dinasihatkan kepada para penonton untuk membaca dahulu sejarah Sultan Muhammad Al-Fatih dari sumber-sumber yang 'original' khususnya yang sudah dirumuskan oleh Prof. Maksudoglu dan Prof. Halil Inalchik. Ia penting untuk menjadi lampu suluh bila menonton sesebuah filem 'base on true story' seperti "Fetih 1453" ini (meskipun filem ini sudah dipantau dan dinasihat oleh beberapa profesor sejarah 1453 dari Turki sendiri).
Menonton filem sejarah tanpa pembacaan awal hanya mengundang bahaya penyakit 'berhujah dengan filem' lebih dari fakta dari kitab.
KEKUATAN
1. TOKOK TAMBAH KREATIF
Filem dihasilkan oleh orang Turki sendiri (Faruk Aksoy). Justeru ia wajar dilihat tidak menghadapi masalah dari sudut adegan tokok tambah yang kreatif, dengan tujuan :
- mempersembahkan sejarah dalam bentuk yang benar-benar hidup dan tidak membosankan jutaan manusia yang bukan peminat sejarah.
- ini adalah filem, bukan dokumentari.
Meskipun bertemakan sejarah 1453, seseorang pengarah dan penerbit yang telah melabur jutaan ringgit 'terpaksa' membebaskan dirinya dari keterikatan teks dan meraikan unsur-unsur komersial, 'propaganda' dan bussiness purpose. Adalah satu kesilapan besar bagi golongan Islamik yang menonton filem ini menyangka Faruk Aksoy adalah penerbit dan pengarah filem yang benar-benar 'ikhlas' mahu mengembalikan kesedaran ummah mengenai Sultan Muhammad Al-Fatih tanpa sebarang 'kepentingan' lain. Lebih malang lagi jika ada yang menyangka dia ahli gerakan Islam (filem dia mesti filem Islamik!!!).
2. SUSUNAN KRONOLOGI
Filem "Fetih 1453" ini meskipun berstatus filem dan bukan dokumentari, namun ia berjaya - pada pengamatan saya - disusun sebaiknya mengikut kronologi 53 hari yang berlaku, kecuali ada dua tiga babak yang mengundang keraguan saya seperti bilakah sebenarnya penemuan kubur Abu Ayyub Al-Ansari, bilakah sebenarnya Knight Justinian tiba di Konstantinopel dan beberapa perdebatan remeh-temeh sejarah yang tidak menarik minat saya untuk debatkan di sini.
Apapun telahan saya, dua profesor sejarah yang menjadi penasihat filem ini memainkan peranan mereka dengan baik (bukan sebaliknya menjadi 'rubber stamp' filem sahaja).
Kronologi asas filem "Fetih 1453" :
- kelahiran dan pendidikan (main pedang dengan Hassan Ulubate) di Edirne
- kewafatan Sultan Murad dan krisis di Karaman percepatkan usaha menuju Konstantinopel
- dari pembinaan Rumeli Hissari dan penciptaan meriam Orban hinggalah kekuatan armada laut dan darat menuju Konstantinopel
- Maharaja Konstantinopel mendapatkan bantuan Pope dan mengumumkan gabungan Orthodoks dan Katholik, ketibaan Justinian dan pasukan komandonya yang diutuskan Pope di Rome untuk membantu Konstantinopel
- serangan bertubi-tubi dari darat menemui kebuntuan hinggalah kemuncaknya tragedi Palta Oglu di laut
- perbezaaan pandangan berterusan antara Candarli Halil Pasya (Perdana Menteri) dan Zugnush Basya (penasihat ketenteraan) Al-Fatih
- kedatangan Syekh Syamsuddin dan peristiwa pemindahan kapal
- pidato bersemangat Maharaja Konstantinopel dan persiapan Byzantine
- serangan hari akhir dan kejayaan Hassan menembusi pertahanan Byzantine
- Al-Fatih menuju Haghia Sophia
3. TEKNOLOGI KESAN VISUAL KHASI (CGI)
Adegan paling PERFECT dalam filem "Fetih 1453" menggunakan teknologi CGI hingga menelan belanja 17 juta Dollar, antaranya :
- peperangan sengit ke arah tembok darat, aksi pertembungan 'satu lawan satu' ala filem "300", tangan putus, panah masuk dada, darah terhambur keluar dan beberapa lagi aksi ala "Behind Enemy Lines" (khususnya 45 minit terakhir filem 2 jam 30 minit ini)
- gambaran kekuatan dahsyat 200,000 tentera darat Al-Fatih dan 400 buah kapal serta tenaga-tenaga komando yang menaik dan menurunkan rantai di Tanduk Emas. Speechless!
- kemuncaknya adalah adegan kesyahidan Hassan Ulubatli dengan 8 anak panah pada badannya selepas pertembungan sengit dengan Justinian (saya kira babak ini tidak akan mampu disaingi oleh sesiapa yang mahu memfilemkan Al-Fatih termasuk 'aku')
4. ADEGAN MEMBAKAR SEMANGAT DAN MENYENTUH PERASAAN
Adegan yang berjaya digambarkan "Fetih 1453" seperti yang digambarkan dalam teks sejarah, antaranya :
- Kesungguhan Sultan Muhammad merencana pelan pembukaan sehingga lantai biliknya ditampal peta besar Konstantinopel, sentiasa menyendiri dari isterinya (Gulbahar - bab pakaian dan "make-up" Gulbahar dalam filem ini, saya tak nak ulas lagi) dan anaknya (Beyazid) semata-mata untuk fokus pada misi, bermain catur untuk belajar mengatur strategi pintar
- Pembinaan Rumeli Hissari dan Sultan Muhammad memberikan semangat dari seorang ke seorang, menyelia sendiri persiapan, serta kesan psikologi kepada Maharaja Konstantinopel. Paling bersemangat bila percubaan menembak menggunakan meriam dari Rumeli kepada sekutu Konstantinopel yang cuba melalui Bhosphorus ketika itu berjaya
- Pembinaan meriam Orban. Babak ini paling PERFECT saya kira. Laungan takbir mengiringi sepanjang proses meleburkan logam-logam panas untuk menghasilkan meriam gergasi Orban.
- Usaha gigih dari darat yang menemui kebuntuan demi kebuntuan ; antaranya Hassan Ulubate memberi pidato semangat kepada tentera-tentera Islam di atas menara pemanjat dinding sehingga beliau sendiri terjatuh dari menara itu apabila ia diserang oleh pasukan Justinian, 4 orang tentera Islam yang ditawan digantung di hadapan tentera Islam dari atas benteng Byzantine, dan paling menyentuh perasaan adalah pengorbanan - memilih nyawa atau melarikan diri - para penggali lubang terowong dari bawah benteng Byzantine di hari serangan akhir ditujukan di pintu Topkapi
- Syekh Aq Syamsuddin akhirnya datang memberikan semangat kepada Al-Fatih yang terlalu sedih dan marah atas kekalahan pasukan laut dan kematian ramai tentera daratnya - meskipun Al-Fatih mengarahkan tentera yang menjaga khemahnya untuk tidak membenarkan sesiapapun masuk - dengan membawanya melihat lokasi kubur Abu Ayyub Al-Ansari hasil firasat spiritualnya
- Pertembungan sengit Hassan dan Justinian (ala Hindustani dan "Smackdown" sikit adegan ni)
- Al-Fatih menyantuni seorang kanak-kanak perempuan dari Kristian Orthodok sebaik sahaja melangkah masuk ke Haghia Sophia
5. PERANAN MUZIK
Muzik epik yang mantap dan mengesankan setaraf muzik tema filem Braveheart dan Gladiator.
Tetapi agak sedikit kecewa kerana :
1) tiada muzik "1453 Fetih" Bestaci Can Atillah sebagaimana diramalkan. Rupanya mereka tiada kaitan antara satu sama lain
2) tiada muzik semangat melatari aksi dahsyat Hassan Ulubatli berdepan dengan anak-anak panah selepas menumpaskan Knight Justinian, muzik bersemangat hanya muncul selepas Ulubatli berjaya menegakkan panji sebelum menghembuskan nafas terakhir
KELEMAHAN
1. HASSAN ULUBATE DAN STATUS KISAH CINTANYA
Tiada fakta yang terperinci mengenai kisah tentera Sipahi (darat) yang syahid memacakkan panji Osmaniah, Hassan Ulubate dalam teks sejarah - pada pengamatan kerdil saya buat masa ini. Saya hanya mampu merujuk kepada kenyataan Prof. Ahmed Akgunduz dan Said Ozturk (rujukan terbaik saya kira) dalam bukunya "Ottoman History Misperceptions and Truths" :
Ketiadaan english subtitle menyebabkan saya keliru status Hassan dalam filem ini. Saya tidak pasti adakah Faruk Aksoy cuba mengetengahkan watak Hassan Ulubate dalam filem "Fetih 1453" sebagai seorang non-Muslim yang tiada agama namun sungguh setia pada Sultan Muhammad atau seorang Muslim yang terlalu longgar pegangan agama, hingga tumpas hanya kerana kerdipan dan jelingan mata kepada seorang perempuan yang dijadikan anak angkat Orban.
Sekiranya Hassan digambarkan seorang non Muslim, maka itulah 'jalan selamat' bagi Faruk Aksoy dari menerima kritikan hebat dari dalam negara beliau sendiri. Namun, ia sudah cukup menampakkan Faruk Aksoy terbawak-bawak dengan cara Hollywood mempersembahkan 'perempuan' dalam filem-filem epik sejarah mereka. Sama seperti watak perempuan-perempuan yang bermanja-manja di sisi Maharaja Konstantinopel dan menari-nari di istana Byzantine apabila mereka berjaya mengalahkan Palta Oglu.
Seharusnya 'propaganda' Faruk Aksoy bukan sekadar pada kehebatan tentera Turki Osmaniah yang dahsyat persiapan perangnya dan spiritualnya berbanding musuhnya yang hanya mengharapkan kehebatan Knight Justinian dan ketebalan tembok, tetapi juga pada cara mempersembahkan adegan-adegan 'perempuan' dalam filem beliau sendiri.
Sekiranya Hassan digambarkan seorang Muslim yang longgar pegangan agamanya, saya kira Faruk Aksoy sudah keterlaluan kerana ia sudah memalitkan fitnah kepada Hassan Ulubate yang digambarkan beberapa teks sejarah sebagai seorang Muslim yang tinggi semangat jihadnya mengatasi tentera yang lain hingga berani merempuh tentera Byzantine untuk memacakkan panji Islam.
Genre 'cinta' penting untuk menarik perhatian kaki filem cinta menonton filem ini. Namun, adegan-adegan 'karut' dan 'cinta terlampau' membabitkan Hassan Ulubatli dan anak perempuan Orban seharusnya lebih teliti dan cermat. Adakah ini gambaran "sebaik-baik tentera" ? Bukankah "Fetih 1453" memulakan tirai dengan kata-kata Abu Ayyub Al-Ansari mengenai hadis "sebaik-baik tentera" itu ?
2. AKSI PEMINDAHAN KAPAL TERLALU PANTAS
Adegan terlalu sekejap dan tidak menyerlahkan sepenuhnya kehebatan teknologi CGI Faruk Aksoy. Saya kira Faruk Aksoy agak sedikit gagal dalam babak terpenting 1453 ini kerana ia kisah yang 'mutawatir' dan menjadi 'expectation' semua yang mengetahui sejarah 1453.
3. TIADA ADEGAN PERTEMPURAN PALTA OGLU-JUSTINIAN DI LAUT
4. DI MANA AL-FATIH KETIKA SERANGAN AKHIR
Aksi Hassan Ulubate menumpaskan Justinian lebih menonjol hingga menenggelamkan watak Al-Fatih sendiri ketika serangan 29 Mei 1453. Saya lihat tiada aksi serangan akhir Janissaries yang dipimpin sendiri oleh Al-Fatih - sebagaimana disebut secara 'mutawatir' dalam teks sejarah. Mungkin persoalan 'timing' filem sudah agak kritikal pada waktu ini kerana sudah menjangkau 2 jam lebih. Namun tidak dapat dinafikan, saya melihat 'ending' pembukaan Konstantinopel terlalu pantas dan seakan Al-Fatih terlalu 'mudah' memasuki Konstantinopel selepas kesyahidan Hassan.
5. SEMANGAT KEBANGSAAN (TURKI) AGAK KETERLALUAN
Filem adalah propaganda. Itulah yang sedang dilakukan Amerika. Itulah yang sedang dimulakan juga oleh Iran dan Turki. Musuh Turki kita sedia maklum, dalam situasi hari ini. Namun sebaiknya permusuhan secara balas dendam dan 'zero sum game' itu tidaklah dalam bentuk filem pecah panggung antarabangsa seperti ini kerana ini memburukkan lagi keadaan.
Mungkin analisa Todayszaman ini agak wajar diteliti.
"Yes, the CGI is very good, yes, the battle scenes are choreographed properly, yes, the sword fights are convincing, yes, the costumes are designed meticulously, yes yes yes, it’s one hell of a show in which armies of Ottomans display all their might and glory. And just like on that day, “we” conquered İstanbul and still feel proud about it in our collective memories, and we can possibly feel proud of this major Turkish blockbuster, with its high production values, not to mention that it will probably be watched all around the Middle East and the Muslim world. But let’s be honest, just as many were perturbed by the portrayal of the Persians in “300” as barbaric monsters, many will perturbed by the portrayal of the Papacy and the Greek Orthodox peoples of the Byzantine Empire in “The Conquest 1453.” (Baca lanjut di sini)
Perlu gambaran lebih jelas (melalui olahan perkataan dalam skrip atau masa 'shooting' ditambah) untuk menggambarkan kejayaan pimpinan Osmaniah terdahulu menawan hati rakyat Konstantinopel lebih awal sebelum Al-Fatih membuka Konstantinopel. Kenyataan "kami lebih mahukan mereka yang berserban dari mereka yang bertopi Katholik itu" mestilah diangkat setinggi-tingginya supaya filem ini tidak dilihat terlalu provokatif keagamaan dan mampu mendokong harmonisasi Islam-Kristian suatu masa dahulu. 1453 menyaksikan Islam dan Orthodoks pernah bersatu menolak kezaliman dan kerakusan kuasa (Maharaja Konstantinopel Terakhir, Paleologus)
BARULAH BERBALOI untuk tonjolkan kenyataan Muhammad Al-Fatih ketika melangkah masuk ke Haghia Sophia dan tindakannya memanjakan kanak-kanak perempuan Orthodoks di hujung filem itu !
6. DAN BANYAK LAGI ....
Kritikan akan terus menyusul dan banyak lagi. Itu perkara biasa bagi sesebuah filem, apatah lagi "Fetih 1453" ini membabitkan kisah sejarah 'sensitif' membabitkan Islam dan Kristian.
Apapun saya tidak mahu membabitkan diri dalam pertelagahan para pesakit Islamophobia di serata dunia atau mereka yang hanya tahu mengkritik sahaja dan tidak mahu bertindak melakukan sesuatu sebagai alternatif.
Ambil yang keruh, buang yang jernih. Go home and buy books. Filem bukan hujah, kajilah sendiri dengan mujahadah!
Sekian saya melaporkan.
Syaari Ab. Rahman
Taksim Cinema,
Istanbul
16 Februari 2012
Di maqam Sultan Muhammad Al-Fatih, Istanbul.
NOTA BUAT YANG SERING BERTANYA
1. "Ustaz, bila filem Fetih 1453 release?"
Ia sudah release. Untuk release dalam bentuk DVD, biasanya mengambil masa sebulan. Itu pun belum pasti mempunyai subtitle (English) atau tidak.
2. "Ustaz, boleh tak nak ambil copy filem Fetih 1453?"
Tidak semudah itu. Lebih baik saudara ikhtiarkan sendiri untuk mendapatkannya. Saya sudah membayar 'harga yang mahal' untuk mengkaji kisah sebenar di sebalik filem itu. Anda boleh bertanya di kedai-kedai DVD antarabangsa atau berhubung dengan sahabat-sahabat Malaysia di Turki atau hadir sepenuhnya ke program-program rasmi Akademi Al-Fatih saya di mana-mana kampus. Itu tiga pilihan yang ada.
“Ketika anda menyaksikan tanah kasar Ioannina, Shkoder and Bosnia, anda pasti akan benar-benar mengenali betapa dahsyatnya ketelitian dan kecanggihan strategi ketenteraan dan usaha diplomatik (Sultan Muhammad) untuk membuka Balkan.” – Profesor Ilber Ortayli, Pengarah Muzium Diraja Topkapi dan Profesor Sejarah di Universiti Galatasaray ketika berbicara mengenai pentingnya musafir ke tempat kejadian berbanding dari sekadar pembacaan dalam bukunya, "Discovering The Ottomans".
Musafir saya ke bumi Osmanli mulai 11 hingga 22 Februari mempunyai beberapa tujuan. Masa yang singkat memungkinkan saya hanya untuk 'berkenalan' ringkas sahaja dengan khazanah-khazanah agung di sana, dari era Al-Fatih hinggalah era Fethullah Gulen.
Penetapan niat dan objektif lebih awal sangat kritikal. Pengalaman berkali-kali berada di bumi asing mengajar saya penting meluruskan niat yang betul. Allah hanya memberikan apa yang kita sandarkan di hati dan niat kita. How do you see determine what you will get.
Antaranya objektif khusus yang telah saya :
Memantapkan modul Akademi Kepimpinan Al-Fatih, sebuah modul yang telah saya bangunkan sendiri hasil kajian setahun saya mengenai Muhammad Al-Fatih yang telah berjaya menelurkan sebuah buku sendiri terbitan PTS Milennia, Kuasa Kepemimpinan Al-Fatih.
Modul ini telah mendapat tempat di hati mahasiswa tempatan seperti KUIN, UUM, IPGM Kuala Lipis, UIAM Kuantan sehinggalah ke bumi Ireland. Asas kepada modul ini adalah Tujuh Karakter Agung Muhammad Al-Fatih yang saya bangunkan dalam kerangka program 3 hari 2 malam. Untuk membawa AKMAL (Akademi Kepimpinan Mahasiswa Al-Fatih) lebih maju ke hadapan, adalah sangat penting saya memaparkan bukti-bukti hidup untuk menyokong 7 Habits Al-Fatih itu hasil pengembaraan dan kajian saya sendiri di Istanbul, bukan lagi bersandarkan pada bahan bacaan.
Insya-Allah, selepas pulang dari Istanbul, saya akan melakukan 'sharpen the saw' AKMAL serapi mungkin dengan cara menyemak semula catatan-catatan saya dalam dua buah program training mega yang pernah saya lalui iaitu ESQ 165 dan TOT PSMB. Menyusul selepas itu dua buah program lagi akan saya ikuti dan belajar untuk memantapkan proses 'sequence' dan pengaturan kerangka pengisian (flow dan punchline), iaitu Kursus 7 Tabiat Franklin Covey di Kuala Lumpur dan Quantum Leadership of King Sulaiman di Jakarta.
Memantapkan isi-isi travelog dalam manuskrip buku kedua, "Berfikir Gaya Al-Fatih".
Mendapatkan bahan-bahan akademik sama ada buku atau pun bahan visual, bertujuan memudahkan proses pengajian saya dalam Master Osmanli History (era Muhammad Al-Fatih)
"I knew that works (teaching Osmanli History) in English on this subject were FAR from satisfactory. Therefore, I decided to write a book in this language base on ORIGINAL SOURCES..." - Prof Mehmet Maksudoglu, bekas Dekan Fakulti Ilahiyyat di Universiti Osmanghazi, Turki, pernah menjadi pensyarah Sejarah Islam di Universiti Marmara, Turki dan menjadi pensyarah di UIAM pada 1991-1995.
DVD "Dokumentari Kembara 1453"
Kebanyakan dokumentari mengenai Al-Fatih di Youtube tidak dalam bahasa Melayu. Dokumentari dalam bahasa Melayu pula terlalu mencapah kajiannya dan memfokus kepada Al-Fatih dengan bersungguh.
Justeru, sebuah rakaman yang akan saya hasilkan sendiri berbekalkan kamera video yang telah dibekalkan oleh sahabat setia saya, saudara Afzan Fetyan (nama pena) dan bantuan di Istanbul sendiri oleh sahabat setia saya di sana, saudara Imadudden Zinki (nama pena). Bahan rakaman ini bertindak sebagai 'saguhati' saya kepada peserta program saya kerana tidak kesemua rakaman kembara saya akan dipaparkan dalam AKMAL melainkan yang membabitkan 'punchline' setiap modul.
Mengenali figura-figura besar 'pembukaan' kedua Konstantinopel iaitu pasca kejatuhan Osmanli pada 1924. Mereka adalah Said Nursi Badiuzzaman dan Fethullah Gulen. Tidak dilupakan juga legasi Kamal Attaurk Laknatullah (karya terbaru Pak Latip mengenai beliau akan mengiringi kembara saya kerana saya belum sempat membacanya). Di samping melihat sendiri 'buah' yang sedang dipetik oleh AK Party hari ini hasil proses pencerahan dakwah yang panjang. Keunikan pendekatan politik AK Party dan parti-parti Islam terdahulu, dari era Prof Erbakan hinggalah Erdogan, berdasarkan keterangan-keterangan menarik Prof. Redzuan Othman.
Mengenali sikap-sikap positif masyarakat Turki. Buku "Secangkir Teh Pengubat Letih" karangan Ustaz Hasrizal adalah karya terbaik pernah ditemui menyentuh aspek ini.
Sekiranya musafir ke bumi Shemrock baru-baru ini adalah bersempena ulang tahun ketiga perkahwinan kami (kami mahukan sedikit 'kelainan', kebetulan menerima jemputan dari mahasiswa Ireland), maka kembara ke Istanbul ini pula adalah hadiah saya kepada isteri saya yang berjaya menamatkan sepenuhnya perjuangan 5 tahun pengajian beliau dalam bidang undang-undang (LLB) dan undang-undang Syariah (LLBS). Semoga musafir ini juga menambah kematangan dan keintelektualan cahaya mata kesayangan kami, Fatihah Wajihah yang baru menempuh 9 bulan, namun sudah mampu menjejakkan kaki (walaupun belum boleh berjalan) di dua buah negara Eropah.
3 tahun usia perkahwinan kami, saya 'beriman' dengan prinsip bahawa sebaik-baik rumahtangga adalah rumah yang benar-benar mempunyai 'tangga-tangga' untuk didaki. Ertinya, membina rumahtangga bukanlah segalanya, namun segalanya bermula dari membina rumahtangga. Sebab itu saya semakin memahami maksud 'tangga' pada rumahtangga. Ia bermaksud berumahtangga bukanlah sebuah kesempurnaan hidup, namun permulaan kepada proses belajar menyempurnakan hidup.
Bagi saya, ada EMPAT anak tangga yang mesti didaki. Pendakian menuju ke mana ? Ke bumbung rumah ? Pendakian menuju kepada matlamat hidup berpasangan, mencapai matlamat ketenangan (sakinah), ketenteraman (sakinah) dan keberkatan (rahmah), itulah kehendak Pencipta kehidupan.
1) Physical (PQ) : "RUMAH ADALAH PEJABAT, PEJABAT ADALAH RUMAH"
Semua orang mempunyai cara tersendiri untuk membina kekayaan secara halal. Saya memilih untuk melakukan bisnes secara SOHO (Small Office Home Office), masa 'kerja' yang fleksibel dan tidak terikat dengan sesiapa.
"PQ" juga merujuk pada dapur yang 'efektif' membekalkan makanan minuman yang sentiasa menyihatkan sekeluarga di samping sentiasa meningkatkan 'kreativiti' isteri menjadi Masterchef buat suami.
Rumahtangga yang tidak didaki 'tangga' PQ adalah rumahtangga yang tidak berlaku peningkatan dalam akaun 'saving' ekonomi rumahtangga, bahkan hidup penuh hutang-hutang lapuk yang tidak diselesaikan. Juga sebuah rumahtangga yang tidak menitikberatkan soal kebersihan, kesihatan dan senaman, lebih berbahaya lagi apabila "makan di luar" lebih banyak dari makan masakan sendiri di rumah.
2) Intellectual (IQ) : "RUMAH ADALAH PERPUSTAKAAN DAN CYBER CAFE"
Lengkap dengan kemudahan Internet untuk akses maklumat semasa.
Bilik yang selesa untuk membaca, mengkaji, menulis dan menyempurnakan projek penulisan buku, dan terpenting sekali membaca untuk 'sharpen the saw' modul-modul latihan.
Rumahtangga yang tidak didaki 'tangga' IQ adalah rumahtangga yang penuh romantika, tetapi sedar tidak sedar mematikan semangat untuk belajar dan melanjutkan pengajian hingga ke peringkat Master dan PhD, sama ada suami atau isteri atau kedua-duanya, atau sekurang-kurangnya mematikan semangat membaca buku, prestasi pembacaan yang kian merosot atas nama kesibukan, samada sibuk di dunia kerjaya atau sibuk di dunia aktivisme jamaah.
3) Emotional (EQ) : "RUMAH ADALAH SYURGA"
Segala tekanan ketika berada di luar rumah hilang, atau berjaya dihilangkan atau berkurangan bila pulang ke rumah. Asasnya adalah sikap menangguhkan kemarahan, menyimpan kemarahan di hati dan jangan sekali-kali melafazkan, dan yang lebih baik adalah memaafkan pasangan, dan yang terlebih baik adalah sentiasa 'melihat' isteri dan anak dengan pandangan matahati, dalam apa jua situasi.
Rumahtangga yang tidak didaki 'tangga' EQ adalah bukan rumahtangga sama sekali, meskipun membabitkan "ana" dan "anta", "ustaz" dan "ustazah". Ini adalah akar tunjang sebuah rumahtangga dan matlamat asas perkahwinan. Kesungguhan meningkatkan prestasi "seek to understand then to be understood" seorang suami seperti saya adalah penting untuk mengelakkan slogan hidup berbahaya sebuah Baitmuslim iaitu "nak buat macamana, life must goes on...".
Tidak minat membaca buku-buku yang membabitkan kajian perbandingan otak dan sikap lelaki dan perempuan, meskipun dari Barat, adalah tanda-tanda rumahtangga yang tidak serius menuju penambahbaikan kualiti komunikasi, psikologi dan saling menghargai perbezaaan antara lelaki bernama suami dan perempuan bernama isteri.
Segala puji bagi Allah yang sudi menjadikan anak sulung kami, Fatihah Wajihah sebagai asbab kami semakin rapat dan memahami, sentiasa membaiki hubungan dari hari ke hari. Siapa sangka, kehadiran Fatihah Wajihah jua menyebabkan kami lebih banyak travel ke luar negara dan semakin 'berukhuwwah' sesama kami. Sedangkan, hidup 2 tahun, antara tempoh berkahwin dan sebelum mendapat zuriat, kami belum diberikan rezeqi oleh Allah untuk ke luar negara.
4) Spiritual (SQ): "RUMAH ADALAH SURAU"
Menjadikan solat berjamaah, ma'thurat atau bertilawah dan berdoa bersama isteri dan anak kecil di sisi, sebagai 3 polisi asas spiritual di rumah.
Kejayaan meraih keselesaan hidup tidak menentukan kejayaan meraih keberkatan hidup. 'Tangga' SQ adalah tangga terpenting kukuhnya sebuah rumahtangga, meskipun ia adalah aspek yang tidak nampak jelas implikasinya di mata kasar. Namun, sebuah perkahwinan yang menjangkau 51 tahun, tiada perpisahan berlaku antara suami dan isteri melainkan kematian yang memisahkan mereka, itulah perkara yang paling besar saya belajar.
Belajar dari siapa ? Tidak perlu pergi terlalu jauh, saya belajar dari mereka yang terlalu dekat dengan saya, itulah ibu dan ayah mertua saya. Ayah mertua saya pulang ke rahmatullah selepas meninggalkan contoh terbaik sebuah Baitmuslim untuk kami. Ibu dan ayah mertua ketika hidup tidak pernah meninggalkan bacaan Yaasin selepas Subuh. Sedar tidak sedar, bacaan Yaasin setiap hari selepas menunaikan solat Subuh itu rupanya faktor yang sama sekali tidak boleh diremehkan, kerana ia menegakkan sebuah rumahtangga hampir separuh abad lamanya.
2012, saya berazam meningkatkan kualiti 'kepimpinan' rumahtangga saya dalam pendakian anak-anak tangga P.I.E.S di atas.
Dan setiap kali sebelum tidur, sebelum menutup mata, saya akan tanyakan dalam diri saya, sejauhmana saya "lebih baik dari hari semalam" dalam 4 perkara ini ;
P : Adakah hari ini, komitmen saya kepada kerjaya dan karier saya sebagai trainer lebih baik dari semalam ? Adakah hari ini, usaha saya membina income untuk keluarga lebih baik dari usaha isteri saya ?
I : Adakah hari ini, komitmen saya pada pembacaan buku, akhbar, berita semasa lebih baik dari hari semalam ? Adakah hari ini, pembacaan saya mengenai isu semasa di Internet lebih baik dari isteri saya ?
E : Adakah hari ini, saya memberikan "telinga" saya kepada isteri lebih baik dari hari semalam ? Adakah hari ini, "memberi" saya kepada isteri saya lebih baik dari hari semalam ? Adakah hari ini, saya memberikan "tangan" saya kepada anak saya lebih baik dari semalam ?
S : Adakah hari ini, amalam kerohanian dan penyucian hati saya lebih baik dari hari semalam ? Adakah solat berjamaah saya dan isteri lebih baik dari semalam ? Adakah kualiti khusyuk solat saya hari ini lebih baik dari hari semalam ? Adakah hari ini prestasi saya ke surau dan masjid lebih baik dari hari semalam ? Adakah hari ini tahap "ketenangan" saya lebih baik dari hari semalam ?
"Hari semalam" dan "isteri" sentiasa menjadi bahan perbandingan saya untuk menjadi lebih baik. Inilah kelebihan muhasabah diri, dan inilah kelebihan muhasabah diri selepas berkahwin.
Rabbana, Waj'alna lil muttaqiina IMAMAN.
(Ya Tuhan Kami, jadikanlah kami pemimpin bagi keluarga dan ummat kami, menuju ketaqwaan kepadaMu)
Segala puji bagi Allah Subhanahu wa Ta'ala yang memberikan peluang kepada saya, isteri dan Fatihah untuk pertama kalinya ke luar negara bersama. Modul teras saya iaitu Akademi Kepimpinan Mahasiswa Al-Fatih (AKMAL) kali ini diberi penghormatan menerjah jauh ribuan kilometer ke bumi Shemrock, Ireland. Program Perhimpunan Ukhuwwah Insaniyyah Seluruh Ireland, atau nama singkatan popularnya PUISI 2011 kali ini memilih saya untuk mengangkat tema sejarah dan falsafah dakwah kontemporari melalui pemantapan aspek intelektual (IQ), emosional (EQ) dan spiritual (SQ). Model yang diketengahkan kali ini adalah Sultan Muhammad Al-Fatih, pembuka Konstantinopel dan pasukan 'sebaik-baik tentera' bersama beliau.
Interview Khas Pengetua Akademi Al-Fateh PUISI 2011
Sekalung tahniah dan ucapan jutaan terima kasih tidak terhingga saya ucapkan kepada pihak penganjur iaitu Persatuan Pelajar Islam Mahasiswa Ireland (PPIMI) yang sudi menjemput saya dan menguruskan sebaiknya perjalanan dan penginapan kami sekeluarga, selamat pergi dan selamat pulang semula ke Malaysia. Ucapan jutaan terima kasih secara khusus saya tujukan kepada saudara Syafik Hilmi, Pengarah PUISI 2011 dan saudari Siti Khodijah Hashim yang bertungkus lumus menguruskan makan minum kami serta kembara kami sekitar Dublin dan Belfast.
Liputan santai Akademi Al-Fatih PUISI 2011 oleh krew TrekSiswa yang sangat kreatif dan mencuit hati.
Musafir kali ini nyata lebih bermakna kerana ia bukan sekadar rehlah pertama kali buat isteri saya yang tidak pernah ada pengalaman ke luar negara, bahkan lebih dari itu sebuah kembara penuh keseronokan buat si anak kecil comel yang baru 7 bulan bertatih mengenal dunia, Fatihah Wajihah. Musafir kali ini juga adalah janji saya kepada isteri sempena ulangtahun ketiga perkahwinan kami pada 10-11 Disember lepas, yang buat pertama kalinya diserikan oleh kehadiran Fatihah. Janji itu dilafazkan sebelum isteri saya menghadiahkan pada saya buku istimewa dari Jakarta, "Bahagiakan Dirimu Dengan Isteri Yang Satu".
Penerbangan melalui Ittihad Airways nyata tidak menimbulkan kesulitan yang agak kerap untuk Fatihah, sama ada pergi mahupun pulang. Meskipun kami sudah cukup risau dengan 'karenah' beliau di atas kapal terbang nanti, namun ternyata ada kanak-kanak lain yang 'seangkatan' Fatihah yang lebih banyak ragam dan jeritan memecah kesunyian awan. Syukur Alhamdulillah, perjalanan 7 jam ke Abu Dhabi dan kemudiannya 7 jam lagi ke Dublin lancar dan kami selamat tiba biiznillah.
Terbukti, Fatihah suka kesejukan, sangat rimas dan mudah batuk sepanjang di Malaysia, tetapi sedikitpun tidak demam atau alami masalah kesihatan sepanjang di bandar Dublin dan Sheep Island View Hostel di Belfast. Syukur Alhamdulillah.
Kembara Mencari 'Islam' di Dublin dan Sekitarnya
Masa-masa berharga yang panjang sebelum PUISI memulakan sidangnya dimanfaatkan untuk menziarahi kampus-kampus pengajian mahasiswa Malaysia, tempat-tempat bersejarah dan popular sekitar Dublin dan Ireland sendiri. Ucapan terima kasih secara khusus saya berikan kepada saudara Syafik Hilmi sendiri, saudara Amal Amali dan saudara Syuhaimi Zakaria atau Leh yang sudi menjadi 'pemandu pelancong' dan jurugambar kami sekeluarga sepanjang ke sana ke mari melihat karenah masyarakat metropolitan di Dublin dan sekitarnya. Satu persatu kami menyaksikan aksi-aksi "bumi Islam tanpa Muslim" ini dan kami bandingkan dengan karenah "Muslim tanpa Islam" di tanahair.
Bersama Presiden Persatuan Pelajar Islam Mahasiswa Ireland, saudara Syurahbil Abdul Halim di kampus pengajian beliau, Trinity College. Jutaan terima kasih pada beliau kerana sudi menumpangkan rumahnya untuk kami menginap menjelang pulang ke Malaysia.
Ke Royal College of Surgeon in Ireland. Hebat juga rupanya kompetensi isteri Anwar Ibrahim, mengalahkan seluruh mahasiswa antarabangsa dan Irish sendiri di pentas akademik.
Saya terpaksa memikul 'implikasi' dari membawa mereka berdua ini ke Dublin. Si ibu semakin membakar semangat untuk melanjutkan pengajian Master di UK atau Ireland, manakala si anak semakin menunjukkan minat yang luarbiasa untuk memasuki jurusan kedoktoran di RCSI. Saya yang obseskan Istanbul bagaimana ?
Bersama Pengarah PUISI 2011, saudara Syafik Hilmi di Burnratty Castle, Shannom yang hampir 150 kilometer jauhnya dari bandar Dublin
Sesi Bermakna Bersama Mahasiswa
Meskipun bertembung banyak program pada tarikh yang sama, tahniah pada lebih 100 orang mahasiswa seluruh Ireland-UK yang hadir ke Akademi ini. Ternyata suasana 'Konstantinopel' di Sheep Island View Hostelm Belfast jauh lebih sejuk dari jangkaan biasa, mudah-mudahan melakar sejarah 1001 makna pada peserta Akademi Al-Fatih Puisi yang hadir.
Sepanjang 3 hari 3 malam bermukim di sini, saya telah persembahkan kajian saya dalam 4 aturan (flow) sebagaimana yang dihasrati para penganjur :
1. Kecerdasan IQ (air) : Bagaimana Sultan Muhammad Al-Fatih membina visi yang jelas sejak kecil dan kepintaran strategi perang beliau untuk merealisasikan hadis Rasulullah. Kajian saya berasaskan perbandingan antara Sun Tzu dan Sultan Muhammad Al-Fatih. Antara pendedahan yang saya lakukan adalah pemahaman maksud sebenar 'pembukaan' dan bukannya 'peperangan' di sebalik satu persatu strategi runtuh psikologi musuh (psi-war) Muhammad Al-Fatih.
2. Kecerdasan EQ (api) : Bagaimana Sultan Muhammad Al-Fatih menampilan karakter yang positif dan tidak mengenal erti putus asa, bagaimana peranan Janissaries dan nama-nama besar di sebalik kejayaan membuka Konstantinopel dalam tempoh kurang 2 bulan sahaja
3. Kecerdasan SQ (angin) : Bagaimana didikan spiritual yang ketat dan menyeluruh dilalui oleh Sultan Muhammad Al-Fatih sejak kecil hinggalah ke saat meraikan kemenangan membuka Konstantinopel serta peranan Syekh Ibnu Ismail al-Kuraani dan Syekh Aq Syamsuddin
4. Dakwah sebagai Output : Bagaimana kesungguhan Sultan Abdul Hamid II menyelamatkan Khilafah Othmaniyyah yang nazak dan kesan kejatuhan Khilafah kepada ummat hari ini
Syukur Alhamdulillah, sepanjang 4 hari PUISI dijalankan, saya dibantu para fasilitator yang sangat bersemangat dan kreatif mencorak modul LDK yang berkesinambungan dari apa yang telah saya sampaikan dalam sesi ceramah. Ternyata anak-anak buah ketua Fasilitator, saudara Helmi Herumi San Ibrahim cukup pintar mencetuskan idea-idea baru menyerapkan elemen IQ-EQ-SQ Al-Fatih secara santai kepada lebih 100 orang mahasiswa peserta yang hadir.
Dalam sesi akhir "Amanat Penceramah", saya telah memberikan pandangan bahawa formula IQ-EQ-SQ yang diketengahkan oleh para saintis kemanusiaan moden hari ini hakikatnya telah tertonjol dengan jelas 1400 tahun dahulu sejak penurunan wahyu pertama, kedua dan ketiga lagi. Saya juga menyarankan para peserta untuk melakukan dua resolusi besar berikut, iaitu :
1. Melawat Istanbul dan membuat kajian lanjutan secara kembara matahati di bumi kebangkitan dan kejatuhan Osmaniah itu.
2. Membaca "Faith versus Materialism : The Messages of Surah Al-Kahfi" karangan Syed Abul Hasan Ali An-Nadwi sebagai asas pemikiran para pendakwah terhadap realiti akhir zaman menjelang pulang ke Malaysia.
Selepas diasak dengan soalan peranan muslimat dalam pembukaan Konstantinopel, ternyata isteri saya berjaya menenangkan para mahasiswi dengan perkongsian kajian beliau mengenai Khadijah binti Khuwailid, wanita agung di sebalik tabir Rasulullah. Ternyata dengan sirah Rasulullah jua, hati menjadi tenang.
Harga Yang Mahal Untuk 'Membeli' Persefahaman
Musafir kali ini bukan sekadar meningkatkan semangat saya untuk memantapkan kualiti persembahan dan pengisian modul kepimpinan Sultan Muhammad Al-Fatih, bahkan ternyata dapat kami rasai meningkatkan persefahaman dan saling mengasihi antara saya dan isteri tersayang. Ini dapat dilihat jelas dengan ketenangan demi ketenangan yang beliau tampilkan kepada saya ketika menghadapi kertas-kertas peperiksaan akhir semester beliau sebaik sahaja tiba di Malaysia. Doa berpanjangan agar isteri saya dapat menyempurnakan perjuangan ijazah kedua beliau ini.
Semoga bertemu kembali teman-teman seperjuangan semua. Doakan Akademi Kepimpinan Mahasiswa Al-Fatih semakin merebak ke seluruh dunia demi mengembalikan keunggulan dan kewibawaan mahasiswa Islam Malaysia di seluruh dunia.
"Barangsiapa mampu merancang 10 langkah ke depan, dialah pemenang"
Dahulu perang menggunakan pedang, panah dan manjanik, sekarang perang guna minda dan teknologi. Memang berbeza, tapi persamaannya tetap hanya satu. Siapa paling pintar menCATUR strategi dan gerakan pasukannya, dia akan menang. Barangsiapa mengkaji Napoleon Bonaparte atau Benjamin Franklin dan seumpamanya, tahulah dia bahawa betapa bahayanya berhadapan dengan sebuah pasukan tentera yang diketuai oleh seorang pemain CATUR yang berwibawa.
Barangsiapa pernah bermain CATUR, tahulah dia bahawa CATUR sentiasa mengajarnya maksimumkan OTAK kiri (hafalan dan kekuatan memori untuk menjana gerakan kemenangan) dan OTAK kanan (mencari kelainan strategi pada setiap kali pergerakan), kemenangan bukanlah 'nasib' dan 'kebetulan' tetapi perancangan sejak dari langkah permulaan, perlu berhati-hati tetapi belajarlah erti kepantasan membuat keputusan kerana detikan masa sedang pantas berjalan, gerakkan askar-askar kecil untuk tujuan 'psi-war' melemahkan moral lawan untuk tidak meneruskan pertembungan, atau mengalih perhatiannya demi menang dari arah yang tidak dijangka lawan, peka kepada semua kepungan luar jangkaan, manfaatkan keunikan setiap posisi dan kelainan cara gerak setiap buah CATUR.
Benar, raksasa catur dunia, Gary Kasparov mengakhiri karier '10 tahun nombor satu' nya apabila tumpas pada super komputer Deep Blue. Benar, Deep Blue pernah mematikan 37 langkah Kasparov pada hari pertama, namun sejarah merakamkan otak manusia itu berjaya jua menumpaskannya pada 1996 sebelum kalah tipis dalam rematch 1997.
Pawn In The Game ! Umat Islam mesti belajar melakukan 'konspirasi' ! Sampai bila mahu bersikap apologetik dan hanya menjadi ejen penyebar ketakutan dengan hanya tahu menyebut di sana konspirasi Yahudi dan di sini konspirasi Yahudi !
"Indulging ourselves in all these conspiracy theories makes us living in fear, always thinking everything that happened was planned by the US, and the Zionist. And if we sit around thinking and analyzing when the Dajjal’s coming out and who it is doesn’t make us better people, can even affect out Tauhid. Why? Because we start thinking America knows everything and plans everything, but really that is Allah’s work, not them. Believing in conspiracy theories is the worst thing that can happen to any society, because we’ll believe everything had been planned and we can do nothing." - Dr. Azzam Tamimi, “Middle East Uprising And The Future Of Palestine”, Mei 2011, Universiti Sains Malaysia
"Untuk adegan pemindahan kapal sahaja, ia memakan tenaga pelakon hampir 700 orang. Kami mengambil masa hampir setahun untuk hasilkan 4 buah kapal tentera laut dengan saiz 28 meter panjang dan berat hampir 14 tan. Bukan mudah juga untuk mengawal 40 ekor kerbau, 40 ekor unta, dan 50 ekor kuda untuk satu-satu adegan. Secara keseluruhan, hampir 12 ribu individu terbabit secara langsung dan tidak langsung untuk filem ini yang memakan belanja 17 juta Dollar. Penggambaran pula dilakukan di hampir 10 buah negara termasuk Turki, Jerman, Belanda, Belgium, Austria, Perancis, England, Switzerland, dan Cyprus." - Faruk Aksoy, Pengarah "Fetih 1453"
Inilah persepsi yang melatari para aktivis dakwah muslimin apabila kisah Khadijah dibentangkan. Bukan salah kisah itu, tetapi apabila dipersembahkan terlalu tekstual, maka martabat seorang yang diprojekkan Allah Subhanahu wa Taala untuk melengkapkan perjuangan Rasul tidak mampu diambil pelajaran sebaiknya dalam konteks yang lebih besar.
Bagi saya, kisah Nabi Muhammad Rasulullah dengan Khadijah tidak terhenti setakat kisah cinta dan perkahwinan sahaja.
Kisah Muhammad-Khadijah adalah kisah "perkahwinan" antara gerakan dakwah dengan pengalaman hidup (worldview) dan kematangan membuat keputusan. Sebagaimana Allah mengangkat martabat pengalaman dan kematangan melalui rukun Islam yang kelima (Haji yang mesti melalui jalan susah untuk ke sana), demikianlah Allah mengangkat martabat pengalaman dan kematangan dengan pemilihan seorang wanita berusia 40 tahun untuk menikahi seorang jejaka tampan 25 tahun, seusia seorang graduan universiti, yang baru sahaja menolak ramai para perawan Makkah dan jelitawan Bani Hasyim.
Ramai pengkaji sejarah merumuskan bahawa perkahwinan Rasulullah dengan seorang isteri sahaja, yang berusia lebih tua dari usia baginda, dan yang telahpun (berpengalaman) menjadi janda sebanyak bukan sekali bahkan dua kali, mengandungi banyak hikmah yang tersembunyi. Jika baginda beristeri dengan seorang wanita yang lebih muda dari baginda, mungkin isteri itu mencatat rekod kurang baik apabila isteri muda itu tidak mampu menanggung seperti hal-hal yang ditanggung oleh Khadijah. Allah ternyata lebih tahu apa yang terbaik untuk mempersiapkan perjalanan jauh Rasulnya.
Kisah Muhammad-Khadijah juga adalah kisah "perkahwinan" antara gerakan dakwah dengan kekayaan dan kompetensi mencipta kekuatan wawasan dan dana untuk melancarkan gerakan.
“Kesan berdagang atas nama Khadijah, Rasul menjejakkan kaki ke semua pasar-pasaraya utama di seluruh Jazirah Arab. Justeru sebelum kenabian baginda sudah mempunyai wawasan geografik yang sangat jelas.” (Dr. Antonio Syafie, Super Leader Super Manager)
Kisah Muhammad-Khadijah adalah kisah kejayaan sebuah "engagement" antara gerakan dakwah dengan VVIP dan orang kenamaan.
Khadijah satu-satunya “Datuk Seri” wanita di Makkah, keturunannya mulia, dari sebelah ayahnya berakhir dengan Qushai dan dari sebelah ibunya bernama Fatimah, bersambung kepada Za’idah bin Al-Asham bin Harm bin Rawahah. Digelar at-Thahirah, meskipun masyarakat Arab ketika itu meletakkan martabat wanita serendah-rendahnya, namun nama Khadijah dikenali dengan julukan wanita suci sejak perkahwinannya dengan Abu Halah dan Atiq bin Aidz karena keutamaan ãkhlak dan sifat terpujinya. Maka tidak hairanlah jika kalangan Quraisy memberikan penghargaan dan berupa penghormatan yang tinggi kepadanya)
Dan kisah Muhammad-Khadijah adalah kisah cinta yang sungguh berhati-hati (melalui peranan Maisarah dan Nafisah) dan cinta ibu yang sentiasa di hati meskipun selepas berkahwin
.
“Kita dapat memahami betapa rancaknya hubungan emosional dan kerohanian yang berkembang antara Siti Khadijah dengan Rasulullah secara cepat yang luarbiasa. Sebuah hubungan suci yang sangat memerlukan kepada cinta kasih, belas kasihan dan penjagaan oleh seorang ibu dan juga kekasih, kepada sebuah dada yang lapang, boleh memberikan segala kesayangan dan tuntutan hati. Demikianlah Nabi Muhammad mendapati dirinya secara tiba-tiba berhadapan dengan cara hidup yang baru, yang akan memutuskan cara hidup lama yang diwarisinya lama dahulu, sejak dia berada di padang pasir selama lapan belas tahun yang lalu, tanpa kasih seorang insan bernama perempuan dan ibu.” – Syed Ahmad Semait, 100 Tokoh Wanita Terbilang
Framework "Khadijah Superwoman", bakal kajian dan tulisan isteri saya Nurul Suhadah Shuib dan Senator Hajah Mumtaz Mat Nawi, salah satu lagi buku yang bakal menjadi produk training memantapkan gerakan mahasiswi dan anak mudi.
"Ottoman History: Misperceptions and Truths" oleh Ahmed Akgunduz dan Said Ozturk cukup menenangkan. Mengapalah baru sekarang saya baru menemuinya. Nampaknya beberapa 'qaul jadid' mesti dilampirkan dalam "Berfikir Gaya Al-Fatih".
Antara isu-isu yang mendapat penjelasan dan pencerahan yang jelas oleh mereka adalah :
- isu "fratricide" (bunuh adik-beradik untuk naik takhta) dan bughah
- isu agama asal Huma Hatun Isfandeyar Bey (ibu kandung Al-Fatih dan isteri ketiga Sultan Murad)
- isu di sebalik poligami 7 orang isteri Al-Fatih
- benarkah Sultan Murad 'lepas tangan' pemerintahan sebanyak dua kali pada Al-Fatih
- sebab sebenar kematian Sultan Muhammad, benarkah Dr Yaqub Pasha meracuninya
- isu lukisan potret Sultan Muhammad oleh Gentile Bellini ketika ada larangan hadis melukis potret manusia
- benarkah Al-Fatih menghukum bunuh Candarli Halil Pasha yang mencadangkan pengunduran dari Konstantinopel hasil pengalamannya sebanyak 3 kali berhadapan dengan tentera Salib
- fitnah kononnya adegan heroisme Hassan Ulubatli adalah sebuah tokok tambah sejarawan untuk penyedap cerita
- fitnah kononya adegan pemindahan kapal tidak berlaku sama sekali tetapi kapal Othmaniyah berjaya akhirnya memusnahkan rantai penghalang masuk ke Tanduk Emas
Hanya primary sources dari Turki mampu menangkis fitnah kepada Sultan Muhammad yang cukup tegar berpegang teguh dengan syariat Islam hingga ke akhir hayatnya.
Namun demikian, usaha menangkis fitnah ini secara akademik tidak seharusnya menatijahkan pentaqdisan Al-Fatih. Jalan tengah adalah sikap terbaik. Justeru saya juga sedang mengkaji sejauhmana kebenaran kisah Al-Fatih tidak pernah meninggalkan tahajjud sejak aqil baligh. Kesahihan kisah ini penting kerana kes-kes riwayat ala "hero-worshipping" tanpa sunber yang kukuh ini mampu membuka ruang pada ummat untuk membuat kesimpulan yang salah dengan mengatakan "Sukar sungguh meneladani Al-Fatih....".
Nantikan "Berfikir Gaya Al-Fatih" !
BEBERAPA MUTIARA PENTING
1. Janganlah melihat kisah pemindahan 70 buah kapal sebagai sebuah kisah ajaib ala 'superman' yang sesuai dimuatkan dalam majalah Mestika dan seumpamanya. Ia adalah kisah kejayaan SIKAP bersedia lebih awal dan melaksanakan secara profesionalisme dan itqan (teliti)
"Setelah menentukan landasan keseluruhan perjalanan, mereka menentukan pula tapak-tapak penting hentian (transit) perjalanan iaitu bermula di Tophane, kemudian ke Bogazkesen, kemudian turun mengarah ke Barat Daya dari Bogazkesen, kemudian rentas naik bukit menuju Lebon Pastry, kemudian lalui puncak bukit di Pera Palace, kemudian tiba di Karimpasa (Tanduk Emas). Ukuran jarak perjalanan telah dikenalpasti secara tepatnya iaitu 980 kaki dari Tophane ke Bogazkesen, 240 kaki dari Bogazkesen ke Tepebasi, 906 kaki dari Tepebasi ke Kasimpasa. Jumlah keseluruhan jarak perjalanan adalah kira-kira 2156 kaki atau sekitar 3 miles (4.8 kilometer). Justeru, jumlah anggaran kapal yang mampu diangkut dalam tempoh satu malam 21-22 April nanti adalah sekitar 50 - 70 buah sahaja." - "Ottoman History: Misperceptions and Truths", Ahmed Akgunduz dan Said Ozturk
MORAL : Tetapkan visi (big picture), tentukan misi-misi, kemudian lihat pada realiti kekuatan tenaga penggerak dan ukurlah baju di badan sendiri, kemudian laksanakan sehabis baik dan bertawakkallah di hujungnya.
2. Jika merujuk tulisan As-Sollabi ketika membicarakan mengenai ketajaman bacaan spiritual Syekh Syamsuddin, kemenangan pusingan pertama Byzantine pada 20 April sengaja 'dihadiahkan' oleh Allah pada mereka untuk melalai dan melenakan mereka dari 'unexpected strategy' yang sedang direncana Al-Fatih untuk mematikan terus pergerakan askar Byzantine. Jika kemenangan seketika (istidraj) ini tidak diberikan, ada kemungkinan strategi pemindahan kapal akan berjaya diintip, dipintas dan digagalkan dengan apa cara sekalipun.
MORAL : Jangan cepat bersangka buruk dengan apa yang Tuhan taqdirkan pada kita. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, tetapi rupanya Allah menyembunyikan kebaikan yang banyak padanya.
3. Meneliti dokumen Ahmed Akgunduz dan Said Ozturk, saya membuat kesimpulan betapa agungnya pemilihan kalimat "Latuftahanna" oleh Rasulullah yang berasal dari perkataan "Al-Fatah" iaitu PEMBUKAAN. 28 tahun selepas PEMBUKAAN Konstantinopel jualah, Sultan Muhammad Al-Fatih MEMBUKA dua buah empayar besar, MEMBUKA 200 buah bandar besar, MEMBUKA sempadan kerajaan Othmaniyyah sehingga 2,214,000 kilometer persegi (3 kali ganda saiz negara Turki pada hari ini). Kejayaan ini bukan kejayaan "one-man show", tetapi hasil sinergi "most competent leading state officers" dan "spiritual commanders".
Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini adalah sangat digalakkan untuk disebarkan, namun perlulah mendapat izin daripada Iskandarfateh.
Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari Blog Iskandarfateh ini.
Terima kasih. Saya sangat hargai kunjungan anda.
Montaj IPTC
Jadual Ibrah Paradigm
Twitter With Me
Click to Facebook Page Ibrah Paradigm
Profail Blogger
Syaari Ab. Rahman merupakan seorang perunding motivasi terlatih. Profail lengkap beliau di "Hubungi Saya"